Yakuza sering diklasifikasikan sebagai sebuah organisasi jemayah yang beroperasi di Jepun. Tapi sebenarnya, nama "Yakuza" berasal dari sejenis permainan Mahjong yang igelar "Oicho-Kabu", yang dimainkan dengan kad-kad, hanfuda. Digit terakhir bagi jumlah yang ada di tangan akan dikira sebagai skor. Jumlah yang paling ialah set 8,9 dan 3 (yang berjumlah 20, tapi skornya ialah 0). Orang Jepun dahulu menyebut nombor-nombor ini sebagai "Ya"-8, "Ku"-9, dan "Sa"-3. Maka tiga nombor inilah yang merupakan asal-usul kepada nama "Yakuza".
Mengapa mereka pilih "Yakuza" sebagai nama organisasi mereka?
Sesiapa yang memiliki kad Ya-Ku-Za adalah mereka yang paling bernasib malang. Maka, bakat dan kebolehan yang terbaik amat dikehendaki demi menukar mereka supaya menjadi pemenang. Ini seperti kehidupan seorang yakuza, yanag mana dia akan cuba mendapatkan kebaikan untuk dirinya sendiri walau dengan cara apa sekali pun.
Dari mana yakuza berasal?
Organisasi Yakuza dipercayai wujud sejak zaman Edo(160-1837) lagi. Pada asalnya, ia adalah sekumpulan orang yang menjaga keselamatan warganegara Daimyo (sama seperti Baron di negara barat) pada masa itu. Tetapi sesetengah ahli akademik mengatakan bahawa Yakuza berasal dari "Kabukimono". Mereka adalah ronin atau samurai yang tidak berkhidmat kepada sesiapa sebab tuan-tuan mereka telah meninggal atau organisasi mereka sudah dibubarkan. Terdapat banyak teori tentang asal-usul Yakuza itu. Kebanyakan organisasi Yakuza suka berlawan antara satu sama untuk mendapatkan hak kawalan ke atas kawasan tertentu yang boleh dijadikan sumber kewangan dan pengaruh.
Berapa jenis Yakuza yang ada di Jepun hari ini?
Terdapat dua jenis Yakuza di Jepun sekarang. Yang pertama adalah Yakuza yang diperintah oleh patriarki yang menghormati senioriti. Pegawai atasan adalh abagikan bapa ke[ada semua ahli.. Terdapat satu upacara yang menkehendaki ahli-ahlinya meminum sake dari cawan yang sama untuk mengakrabkan perhubungan anatara mereka sebagai satu keluarga. Yakuza yang satu lagi ialah Yakuza tanpa pemimipin tertentu yang berkumpul dalam satu kumpulan kecil dan mengancam kumpulan yang lemah.
> Walaupun Yakuza sering dikaitkan dengan perkara-perkara buruk, tetapi ada satu perkara yang memang dilarang: mencuri. Kami percaya bahawa ini adalah perbuatan yang paling mengaibkan.
Kabukimono
Sumber: Google Images
Mengapa orang Yakuza menghukum diri dengan memotong jari apabila melakukan kesalahan?
Mereka berbuat demikian untuk memperingatkan diri sendiri bahawa saya telah melakukan kesilapan, dan juga untuk meperingatkan diri mereka tentang darah yakuza yang mengalir di dalam badan mereka. Pemotongan jari seseorang adalah upacara yang digelar sebagai "Yubitsume:. Ia merupakan upacara menyeksa diri yang dilakukan sebagai satu bentuk penebusan dosa atau perbuatan memohon maaf, terutamanya apabila seseorang YAkuza tidak dapat membayar balik hutangnya. Mereka perlu memotong hujung jri kelingking mereka, dan orang yang pernah memotong jarinya tdak akan dapat memegang pedang untuk melindungi dirinya lagi.
Yakuza memandang rendah terhadap orang seperti ini.
Saya harap anda semua akan fahan sekarang mengapa orang Yakuza sering bertindak memotong jari apabila mereka melakukan kesalahan. Tetapi jangan tiru aksi mereka. Terima kasih kepada semua melawati blog saya hari ini. Setakat ini sahaja untuk hari ini. Dan saya akan kembali mengemaskinikan maklumat menegnai tanah sakura ini.
Domo arigatou! Mata aimasho ne! (Ribuan terima kasih diucapkan! Jumpa lagi!)
No comments:
Post a Comment