Saturday, 29 June 2013

Kimono

Hari ini saya akan menceritakan tentang sejarah dan perkembangan kimono, iaitu pakaian kebangsaan Jepun.

 Anda tahu tak kimono Jepun mendapat pengaruhnya daripada Dinasti Tang di China (618-906)? Di Jepun, pada masa zaman Nara(710-794), gaya pakaian orang Cina yang ada tali ikatan seperti rob.

 Zaman Heian( 794-1185) kemudiannya, merupakan zaman kegemilangan kimono Jepun. Orang Jepun mula menyesuaikan  kimono pelbagai gaya dan keunikan. Pada masa itu, kimono dipakai oleh golongan atasan yang dipanggil "junihitoe". Ianya panjang dan diperbuat daripada sutera dengan sulaman yang menarik. Gundik raja akan memakai 12 lapis kimono serentak (ianya memang berat).


Kimono junihitoe