Saturday, 29 June 2013

Kimono

Hari ini saya akan menceritakan tentang sejarah dan perkembangan kimono, iaitu pakaian kebangsaan Jepun.

 Anda tahu tak kimono Jepun mendapat pengaruhnya daripada Dinasti Tang di China (618-906)? Di Jepun, pada masa zaman Nara(710-794), gaya pakaian orang Cina yang ada tali ikatan seperti rob.

 Zaman Heian( 794-1185) kemudiannya, merupakan zaman kegemilangan kimono Jepun. Orang Jepun mula menyesuaikan  kimono pelbagai gaya dan keunikan. Pada masa itu, kimono dipakai oleh golongan atasan yang dipanggil "junihitoe". Ianya panjang dan diperbuat daripada sutera dengan sulaman yang menarik. Gundik raja akan memakai 12 lapis kimono serentak (ianya memang berat).


Kimono junihitoe

Tuesday, 21 May 2013

Sejarah Istana Versailles

 Versailles adalah nama bagi sebuah kampung luar bandar di Paris, yang mana Raja Louis XIII sering pergi untuk memburu. Dalam tahun 1624, sbuah istana telah dibina sebagai tempat tinggal raja di kawasan tersebut. Kemudian, pada zaman pemerintahan Louis XIV, ia telah diubahsuai menjadi istana yang indah.

Raja tersebut mahukan Istana Versailles menjadi istana yang paling cantik di Eropah. Pembinaan semula istana itu telah mengambil masa 20 tahun dan siap dalam tahun 1681. Bahagian dalamnya direka dengan gaya Baroque, ianya satu gaya rekaan yang popular di negara barat pada masa itu. Baroque adalah seni gaya elegan yang memaparkan kekuasaan dan kemuliaan seseorang raja kepada dunia.


Istana Versailles
Sumber: Google Images

Saturday, 18 May 2013

Universiti yang pertama di dunia

 Universiti pertama yang didirikan di negara barat dan kemudian menjadi contoh kepada banayak institusi pendidikan yang lain di sana adalah Universiti Bologna di Itali.


Universiti Bologna
Sumber: Google Image

Ianya didirikan pada akhir abad ke-11, lebih kurang pada tahun 1088, dan sebagai institusi antarabangsa yang mengajar pelbagai jenis ilmu sains. Misalnya Linguistik, Matematik, Astrologi, Seni, Muzik dan lain-lain.  
Sekarang, Universiti Bologna masih lagi beroperasi hingga kini..

Tapi, universiti itu bukanlah yang pertama di dunia..

Institusi pendidikan tahaptinggi yang pertama adalah Universiti Imperial Nanking di negara China, yang mana didirikan pada tahun 258. Sayangnya ia tidak lagi dapat beroperasi sehingga ke hari ini.

Satu lagi universiti~

Ianya diiktiraf oleh Guiness World Records sebagai universiti yang paling tua di dunia dan masih beoperasi sehingga sekarang. Ia merupakan Universiti Al-Karaouine di Fes, Maghribi. Ianya didirikan pada tahun 859 oleh seorang wanita yang bernama Fatima, anakperempuan kepada seorang saudagar kaya yang berhijrah dari Tunisia. Ianya juga merupakan institusi yang pertama didirikan oleh wanita.


Universiti Al-Karaoine
Sumber: Google Image