Anda tahu tak kimono Jepun mendapat pengaruhnya daripada Dinasti Tang di China (618-906)? Di Jepun, pada masa zaman Nara(710-794), gaya pakaian orang Cina yang ada tali ikatan seperti rob.
Zaman Heian( 794-1185) kemudiannya, merupakan zaman kegemilangan kimono Jepun. Orang Jepun mula menyesuaikan kimono pelbagai gaya dan keunikan. Pada masa itu, kimono dipakai oleh golongan atasan yang dipanggil "junihitoe". Ianya panjang dan diperbuat daripada sutera dengan sulaman yang menarik. Gundik raja akan memakai 12 lapis kimono serentak (ianya memang berat).
Kimono junihitoe
Pada zaman Muromachi (1333-1568) pula,kimono telah diperkembangkan lagi gayanya dengan dihiasi selendang yang dipanggil "obi" diperkenalkan dan dipakai oleh semua golongan, menjadikan is sungguh popular. Wanita goolongan atasan akan memakai 6 lapis kimono. Bilangan lapisan pakaian akan berkurangan mengikut status sosial masing-masing. Bentuk kimono juga diubah suai menjadi lebih selesa dan mudah dipakai.
Walau bagaimanapun, kimono masih lagu merupakan pakaian yang rumit. Sehingga ada sekolah khusus yang mengajar cara mengajar memakai pakaian kimono yang dipanggil "Kitsuke". Mereka diajar cara memakai kimono dan cara menyimpannya, sehingga mengambil masa selama setahun untuk mempelajarinya kerana ada banya pantang larang dan cara memakainya.
Orang Jepun tidak lagi memakai kimono setiap hari. Kini zaman sudah berubah, peranan kimono turut berkurangan dan hanya dipakai dalam majlis penting sahaja, seperti majlis penyampaian sijil atau perkahwinan. Sekarang kimono telah berkembang menjadi pakain kasual. Ia dipanggil "Yukata".
Yukata ialah kimono yang diperbuat daripada kain kapas yang ringan. Ia terdiri daripada beberapa lapisan kain dan obi. Jadi ianya lebih popular daripada kimono biasa. Tapi ia tetap mempunyai sentuhan ciri-ciri tradisi Jepun.
Yukata
No comments:
Post a Comment